Filem Zack Snyder's Justice League diumumkan hanya akan ditayangkan secara eksklusif melalui saluran HBO Max, Memandangkan saluran penstriman tersebut hanya boleh ditonton di Amerika Syarikat sahaja, maka ianya menjadi topik perbualan hangat kebanyakan peminat filem di seluruh dunia. Untuk rekod, HBO Max hanya diajdualkan akan memasuki pasaran Amerika Latin bermula Jun 2021, dan ke seluruh Eropah menjelang penghujung 2021, terlalu jauh dari tarikh tayangan filem Zack Snyder's Justice League pada 18 Mac ini. 

BERKAITANTrailer Zack Snyder's Justice League Akhirnya Diperlihatkan!

WarnerMedia mengumumkan yang filem that Zack Snyder’s Justice League akan dapat ditonton di seluruh dunia di semua negara pada 18 Mac ini, kecuali China, Perancis dan Jepun, di mana tarikh tayangannya akan ditentukan kemudian. Filem tersebut boleh ditonton melalui beberapa saluran, seperti PVOD, PEST, EST, SVOD, TVOD, dan HBO GO (di pasaran Eropah dan Asia).

Berita tayangan serentak ini sudah tentunya menggembirakan peminat filem, terutamanya yang tidak mempunyai akses kepada saluran HBO Max. Filem Zack Snyder’s Justice League membawakan bayangan asal filem Justice League oleh pengarah Zack Snyder ke layar perak, di mana masa tayangannya disahkan sekitar 4 jam!.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post