Laporan menyatakan filem Superman baharu bakal dihasilkan oleh Warner Bros., dan merupakan filem versi reboot


Filem reboot Superman itu akan diterbitkan oleh J.J. Abrams melalui studionya iaitu Bad Robots, dengan Ta-Nehisi Coates bertindak sebagai penulis lakon layar. Sebelum ini, J.J. Abrams dikenali melalui trilogi filem terbaharu Star Wars.

Menurut Coates, beliau berkata,

"I look forward to meaningfully adding to the legacy of America's most iconic mythic hero".

Dengan pengumuman itu juga, Warner Bros. dilaporkan masih mencari pengarah yang akan mengarahkan filem tersebut. Di samping itu juga, masih belum dapat disahkan samada Henry Cavill akan kembali menyarung sut superhero tersebut, memandangkan berita sebelum ini telah menyatakan sebaliknya. 

Apatah lagi, terdapat khabar menyatakan yang Warner Bros. berhasrat menghasilkan filem Superman pertama berkulit hitam, dan Michael B. Jordan (melakonkan watak Killmonger dalam filem Black Panther) dilaporkan bakal melakonkan watak Superman kulit hitam pertama di layar perak. Adakah Warner Bros. akan menelusuri jalan cerita watak Calvin Ellis dari DC Comics, yang merupakan watak Superman di Multiverse yang lain?

Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post