Pengarah, Zack Snyder akhirnya memperlihatkan secara rasmi sut hitam Superman yang akan ditampilkan dalam filem Justice League Snyder Cut, seperti mana yang dikatakan sebelum ini. Sut hitam berkenaan ditunjukan dalam satu klip ketika acara Justice Con, di mana Superman sedang bercakap dengan Alfred di dalam Bat Cave. Saksikan gambar dan klip berkenaan di bawah :



BERKAITAN : Zack Snyder Menjawab Beberapa Soalan Berkaitan Filem Justice League Versi Snyder Cut

Filem Justice League Snyder Cut tersebut dilaporkan memerlukan sekitar USD20-30 juta lagi untuk menyiapkan proses suntingan kesan khas dan kesan visual untuk benar-benar menepati kehendak asal Zack Snyder tanpa campur tangan studio. 

Sinopsis filem Justice League secara umumnya adalah seperti berikut : 

Fueled by the hero’s restored faith in humanity and inspired by Superman’s selfless act, Justice League sees Bruce Wayne enlist the help of his newfound ally, Diana Prince, to face an even greater enemy. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to find and recruit a team of metahumans to stand against this newly awakened threat. But despite the formation of this unprecedented league of heroes-Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, and The Flash-it may already be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, J.K. Simmons sebagai Komisioner Gordon dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Justice League telah ditayangkan pada November 2017, namun menerima kritikan yang bercampur baur dari para pengkritik dan peminat filem. Walaupun dipuji dari aspek aksi dan kesan khas, namun perbezaan gaya pengarahan Snyder dan Whedon dapat dilihat dengan ketara dalam beberapa babak filem berkenaan. Apatah lagi ramai peminat melihatkan Whedon terbawa-bawakan gaya pengarahan filem 'seteru' atau saingan kepada Justice League, iaitu Avengers, menyebabkan jalan cerita Justice League yang tidak konsisten. Dengan bajet USD$300 juta, filem Justice League tidak mendatangkan keuntungan yang diharapkan, meskipun mengutip sebanyak USD658 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post