Harian Metro melaporkan pelawak dan pelakon Achey menunaikan janji untuk menyempurnakan kerja Allahyarham Abam Bocey yang tergendala secara sukarela dan percuma termasuklah melakukan dua ulasan produk di Instagram secara percuma bagi pihak Abam.


Menurut Achey juga, beliau juga tidak lupa membantu balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang kini menanggung cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun sebulan.

Untuk rekod, Abam meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, Achey mengakui rindunya terhadap Allahyarham tidak pernah pudar walaupun sudah hampir enam bulan Abam meninggal dunia.

Dia juga kerap menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

"Saya sering berulang-alik ke Raub, Pahang, jadi saya selalunya singgah di tanah perkuburan itu untuk menziarah kubur arwah. Jujurnya, pemergian arwah meninggalkan kesedihan mendalam buat saya dan Fad.

"Setiap kali saya dan Fad berjumpa, kami akan sedekahkan al-Fatihah dahulu pada arwah, kemudian barulah kami mengenang kembali perjalanan Bocey bersama arwah.

"Nama arwah sering di bibir kami. Jadi, tak banyak yang saya minta, terus berdoa untuk arwah," katanya lagi. - Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post