Lebih 100 filem dan siri TV terbitan Singapura, seperti Ilo Ilo (2013) dan Sandcastle (2010), akan disenaraikan dalam jadual tayangan saluran penstriman Netflix bermula Sabtu ini. Perkara ini susulan daripada kerjasama yang dijalinkan antara syarikat penstriman berkenaan bersama-sama studio penerbitan tempatan Singapura seperti Clover Films, mm2 Entertainment dan Mediacorp.

Pengurus Perolehan Kandungan Asia Tenggara Netflix, Raphael Pang berkata: "By making these titles easily accessible through Netflix, we hope it will reignite the joy they've brought to many Singaporeans over the decades, but more importantly, introduce these great works of art by some of the best local film-makers to the younger generations".

Pengarah filem dan penerbit drama mengalu-alukan penyenaraian tersebut, di mana kini hasil kerja meeka boleh ditonton oleh lebih ramai penonton dari serata dunia. 

Jack Neo, yang mengarahkan filem Homerun (2003), I Not Stupid (2002) dan Ah Boys To Men 2 (2013), menyatakan kegembiraanya apabila karyanya akan ditambah ke senarai kandungan Netflix. Filem hit arahannya, Ah Boys To Men (2012) yang mengisahkan tentang sekumpulan rekrut tentera, telah sedia ada dalam platform penstriman Netflix dan kini merupakan antara 10 filem Singapura yang menjadi tontotan ramai. 

Manakala antara diri TV yang akan ditayangkan di Netflix pula adalah seperti sitkom Under One Roof, Phua Chu Kang dan Growing Up.

Post a Comment

Previous Post Next Post