Harian Metro melaporkan yang pasangan selebriti, Joe Jonas dan Sophie Turner berkongsi berita gembira menyambut kelahiran bayi mereka yang selamat dilahirkan pada 22 Julai lalu. Sophie Turner sebelum ini terkenal dengan watak Jean Grey dalam filem Dark Phoenix, Dan sebagai Sansa Stark dalam siri TV terkenal, Game of Thrones.

Berita itu dikongsikan menerusi sumber terdekat mereka yang memaklumkan kepada media antarabangsa semalam.


Pasangan Joe dan Sophie sebelum ini tidak banyak berkongsi mengenai kehamilan itu, namun beberapa kali dilihat bersama dengan keadaan perut Sophie yang membesar.

Berita kehamilan Sophie mula menjadi sorotan media dan peminat, sembilan bulan selepas kedua-dua mereka mengikat tali perkahwinan di Las Vegas pada awal Mei tahun lalu secara rahsia.

Setakat ini, pasangan itu belum berkongsi sebarang foto bersama cahaya mata mereka di Instagram masing-masing. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post