Saksikan Trailer Terbaharu Filem The King's Man - Penuh Aksi Hebat


Setelah lebih 6 bulan tidak membaca sebarang perkembangan terbaharu tentang filem yang satu ini, akhirnya 20th Century Studios telah memperlihatkan trailer terbaharu dan terakhir untuk filem The King’s Man, filem ketiga dalam francais filem tersebut selepas filem Kingsman: The Secret Service (2014) dan Kingsman: The Golden Circle (2017). Saksikan trailer The King's Man di bawah :



Filem ketiga dalam francais filem Kingsman, diberi tajuk The King’s Man, menyaksikan penggabungan kuasa-kuasa besar yang mengancam kemusnahan dunia. Kini, hanya seorang manusia yang diharapkan untuk menghalang ancaman tersebut.

Filem The King's Man arahan Matthew Vaughn itu akan menelusuri sejarah penubuhan agensi perisikan persendirian pertama tersebut yang menjadi asas kepada francais filem Kingsman

Ralph Fiennes akan membintangi filem The King's Man disamping Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, Djimon Hounsou dan Charles Dance.


Di akhir filem terdahulu (Kingsman: The Golden Circle) Eggsy telah mengahwini Puteri Mahkota Sweden, Harry kembali menganggotai Kingsman, dan Tequila (Channing Tatum) dari Statesman pula menganggotai Kingsman. Masih belum dapat dipastikan samada ketiga-tiga watak ini akan kembali atau tidak untuk filem The King's Man nanti.

Pada awalnya diberi tajuk The Great Game, filem The King's Man dijadualkan untuk tayangan pada 17 September 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post