Robert Downey Jr. Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Filem Pirates of the Caribbean 6?


Filem Pirates of the Caribbean 6, filem keenam dalam francais filem Pirates of the Caribbean nampaknya akan diteruskan juga, dengan ataupun tanpa penglibatan Johnny Depp (yang melakonkan watak Kapten Jack Sparrow). Kontroversi yang melanda hidup peribadi Jepp menyebabkan beliau hampir pasti diketepikan oleh Disney untuk tampil semula dalam filem keenam francais tersebut. Namun begitu, aktor berkenaan mendapat sokongan padu daripada para peminat yang berdiri teguh di belakangnya. Apatah lagi, tiada ertinya filem Pirates of the Caribbean jika watak utama francais filem itu, iaitu Jack Sparrow, tiada dalam filem tersebut. 


Menurut sumber yang diperolehi oleh portal WeGotThisCovered, Disney dilaporkan berminat untuk menampilkan Robert Downey Jr. dalam filem Pirates of the Caribbean 6. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan tampil sebagai pelakon utama, namun watak sebenar yang bakal dilakonkan masih belum didedahkan lagi. 

Melihatkan 'kaliber' dan 'nilai' yang dibawakan oleh RDJ dalam filem-filem Hollywood kini, sudah tentunya kebanyakan studio perfileman akan cuba menampilkan beliau dalam filem-filem terbaharu mereka. Jika ini yang berlaku, adakah kemungkinan yang RDJ akan muncul sebagai salah seorang watak kapten lanun dalam filem itu nanti? 

Sukar menjangkakan watak yang akan diberikan kepada RDJ, itupun jika benar RDJ akan menandatangani kontrak untuk tampil dalam filem Pirates of the Caribbean 6. Sama-sama kita nantikan samada berita ini sememangnya sahih ataupun sebaliknya. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post