Sebelum ini, penggambaran filem The Batman arahan Matt Reeves di UK terpaksa dihentikan akibat penularan wabak COVID-19. Ini menyebabkan studio perfileman terpaksa menjadualkan semula penggambaran dan produksi filem tersebut, dan memberi kesan langsung terhadap tarikh tayangan di pawagam yang telahpun dijadualkan. 


Tetapi kini, laporan terbaharu dari Deadline menyatakan yang kerajaan UK telah mengumumkan secara rasmi yang mereka akan membenarkan studio perfileman dan syarikat penerbitan TV untuk menyambung penggambaran mereka, dengan syarat perlu mematuhi dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di lokasi penggambaran mereka.


Memetik kenyataan dari wakil Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan UK, beliau berkata:

“The government is working closely with the screen sector to understand how different types of productions can comply with social distancing guidelines, and give confidence to people in the TV and film industries that there are safe ways in which they can return to work".


Berita ini sudah semestinya melegakan banyak studio perfileman dan syarikat penerbitan TV yang terkesan dan terpaksa menangguhkan penggambaran akibat COVID-19. Ini termasuklah Marvel Studios, yang turut mempunhyai jadual penggambaran di UK seperti filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness (arahan Sam Raimi), Ant-Man 3 (arahan Peyton Reed), dan siri Disney+ iaitu Moon Knight.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post