Pelakon Asal Jango Fett Bakal Kembali Sebagai Boba Fett Dalam The Mandalorian Musim Kedua


Sebelum ini, Temuera Morrison pernah muncul dalam filem Star Wars: Episode II - Attack of the Clones sebagai Jango Fett, yang merupakan template untuk tentera klon yang dihasilkan oleh Galactic Empire. Dalam filem berkenaan juga, Jango telah dibunuh oleh mahaguru Jedi, Mace Windu (lakonan Samuel L. Jackson) dalam pertempuran di Geonosis. Di penghujung pertempuran tersebut, anak kepada Jango kelihatan memungut helmet yang dipakai Jango, memberikan bayangan anaknya itu bakal tampil sebagai Boba Fett dalam trilogi asal Star Wars.


Kini, sumber terbaharu dari The Hollywood Reporter (THR) melaporkan yang Temuera Morrison bakal muncul dalam musim kedua siri Disney+ The Mandalorian dan bakal melakonkan watak Boba Fett!


Selain watak Boba Fett, The Mandalorian musim kedua turut bakal menampilkan kemunculan rasmi pertama watak Padawan Jedi, Ahsoka Tano (yang dilaporkan bakal dilakonkan Rosario Dawson) yang akhirnya menjadi perisik kepada Rebel Alliance. Dalam dunia Star Wars, Ahsoka Tano merupakan Padawan kepada Anakin Skywalker/ Darth Vader.

Beberapa orang pengarah telah disahkan akan terlibat untuk The Mandalorian musim kedua ini, antaranya Robert Rodriguez, Peyton Reed, Rick Famuyiwa, Dave Filoni, Carl Weathers dan Jon Favreau.

Post a Comment

Previous Post Next Post