Filem Godzilla: King of the Monsters Selesai Penggambaran!


Filem Godzilla: King of the Monsters Selesai Penggambaran!


Filem Godzilla: King of the Monsters dikhabarkan telahpun selesai penggambaran, dan ada lebih kurang enam bulan lagi sebelu tarikh tayangannya! Pengarahnya, Michael Dougherty menulis di laman Twitter untuk berkongsikan berita selesainya penggambaran filem Godzilla: King of the Monsters itu, dengan ulasan berikut :

“It is done. With love and gratitude to the thousands of talented people all around the world who helped make this lifelong dream a reality. In Godzilla we trust.”


Filem Godzilla: King of the Monsters akan menampilkan pelakon seperti Vera Farmiga (Up in the Air, The Conjuring), Ken Watanabe (The Last Samurai), Sally Hawkins (Blue Jasmine), Kyle Chandler (The Wolf of Wall Street, Manchester by the Sea), Millie Bobby Brown (Stranger Things), Bradley Whitford (Get Out), Thomas Middleditch (Silicon Valley), Charles Dance (Game of Thrones), O’Shea Jackson Jr. (Straight Outta Compton), Aisha Hinds (Star Trek Into Darkness), dan Zhang Ziyi (Memoirs of a Geisha, Crouching Tiger, Hidden Dragon).

Filem Godzilla: King of the Monsters menampilkan usaha agensi kripto-zoologikal, Monarch yang berusaha menentang raksasa-raksasa purba yang telah muncul kembali, seperti Godzilla, yang bertempur dengan Mothra, Rodan, dan seteru utamanya, raksasa berkepala tiga yang digelar King Ghidorah. Kesemua raksasa yang dianggap mitos ini akan bertarung untuk menentukan siapa yang lebih berkuasa, dan dalam proses itu, mengancam manusia untuk pupus.

Filem Godzilla: King of the Monsters ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 31 Mei 2019.

No comments:

Powered by Blogger.