Sony Berkemungkinan Telah Menetapkan Tarikh Baru Untuk Dua Filem Marvel



Sony mungkin telah mengorak langkah awal untuk mewujudkan Marvel Universe versi mereka sendiri, selepas kejayaan filem Venom. Menurut laporan Variety, Sony telah menetapkan tarikh untuk bukan satu, tetapi dua filem berdasarkan watak-watak dari komik Marvel. Walaupun tidak dinyatakan tajuk filem berkenaan, laporan berkenaan menjangkakan filem yang dimaksudkan adalah filem Morbius the Living Vampire dan filem Venom 2, yang mungkin akan menyaksikan Tom Hardy kembali sebagai Eddie Brock/ Venom. Saksikan tweet di bawah :



Penerbit filem Venom, Avi Arad dan Matt Tolmach sebelum ini menyatakan yang filem Morbius, dengan Jared Leto disahkan untuk melakonkan watak utama, akan menjadi entri terbaru Sony untuk Marvel Universe versi Sony. Arad menyatakan yang filem itu akan memulakan penggambaran seawalnya bulan Februari tahun depan. Walau bagaimanapun, tiada pengumuman terbaru tentang pelakon-pelakon untuk filem berkenaan. Daniel Espinosa akan mengarahkan filem Morbius berdasarkan skrip oleh Matt Sazama dan Burk Sharpless.

Filem Venom pula terus mencatatkan rekod di luar jangka. Sejak ditayangkan, filem Venom telah mencatatkan kutipan lebih $780.5 juta, sehinggakan berjaya mengalahkan kutipan filem Guardians of the Galaxy dan Star Wars. Merujuk kepada klip di akhir filem Venom, kita sudah boleh menjangka yang filem Venom 2 sememangnya akan digerakkan segera di mana Venom akan bertembung dengan Cletus Kassady/ Carnage, yang wataknya dimainkan oleh Woody Harrelson.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post