Filem Venom Terus Mencatatkan Rekod Box Office, Kali Ini Di China!

Filem Venom Terus Mencatatkan Rekod Box Office, Kali Ini Di China!

Filem Venom terus mencatatkan kutipan memberangsangkan, dengan catatan awal tayangan di China juga menunjukkan sambutan yang baik.



Menurut penganalisis, filem Venom mencatatkan kutipan USD34.7 juta di China untuk tayangan pada hari Jumaat, yang turut termasuk kutipan USD2.5 juta untuk tayangan pratonton. Kutipan ini sahaja pun telah melepasi kutipan filem Captain America: Civil War, yang mengutip USD30 juta semasa tayangan pembukaan di negara tersebut. Walau bagaimanapun, rekod kutipan tertinggi tayangan pembukaan masih dipegang oleh filem Avengers: Infinity War yang mengutip USD71 juta.

Sebelum ditayangkan di China, filem Venom telah mencatatkan kutipan sebanyak USD545.8 juta di seluruh dunia, dengan bajet pembikinan sebanyak USS100 juta, menjadikannya filem yang menguntungkan Sony dan layak dibuat sambungan filem.

Kejayaan filem Venom membolehkan Sony meneruskan perancangan lain-lain filem spin-off Spider-Man, seperti Morbius, Kraven the Hunter dan Nightwatch. Walau bagaimanapun, ini merupakan berita tidak baik buat Marvel Studios yang berkemungkinan tidak dapat memperolehi kembali hak untuk watak Spider-Man daripada Sony.

No comments:

Powered by Blogger.