Filem Baru Hellboy Menampilkan Thomas Haden Church Sebagai Lobster Johnson

Sebelum ini, kami ada berkongsikan poster filem terbaru Hellboy. Kini, Discussing Film melaporkan filem Hellboy terbaru yang merupakan reboot kepada francais filem tersebut, akan menampilkan Thomas Haden Church sebagai Lobster Johnson.



Sebelum ini, Church melakonkan watak Sandman (Flint Marko), salah satu watak antagonis dalam filem Spider-Man 3. Awal tahun ini, Church telah ditemubual oleh JoBlo samada dia akan melakokan watak dari komik lagi untuk filem lain, dan dia mengejutkan ramai pihak apabila menyatakan dia telahpun menyelesaikan babak lakonannya untuk filem terbaru yang turut berkaitan komik.

Pelbagai spekulasi membayangkan tentang watak-watak yang dilakonkan oleh Church, dan untuk filem apa. Kini, telah disahkan secara rasmi yang Church akan melakonkan watak Lobster Johnson dalam filem Hellboy terbaru, yang berdasarkan siri komik karya Mike Mignola. Ini merupakan kemunculan pertama Lobster Johsnon di layar perak, selepas hampir muncul dalam filem Hellboy II: The Golden Army.

Sedikit latar belakang berkaitan watak Lobster Johnson :

Lobster Johnson was a 1930’s pulp vigilante hero in the world of Hellboy. His adventures were chronicled in comics and serials, but the public never knew there was a real Lobster Johnson out there saving the world from mobsters and Nazis. The Lobster marked his enemies by burning his lobster claw symbol into their foreheads. Hellboy was a childhood fan of these adventures. Eventually, Hellboy and the Bureau for Paranormal Research had their own encounters with the Lobster.

Filem Hellboy terbaru dijadualkan untuk tayangan pada 12 April 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post