Legenda Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia



Legenda Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia


The Hollywood Reporter telah melaporkan yang legenda komik Marvel, Stan Lee telah meninggal dunia di usia 95 tahun. Dikenali di kalangan peminat komik sebagai Stan “The Man” Lee, beliau telahpun dilaporkan tidak sihat sejak kebelakangan ini dan telahpun berhenti membuat kemunculan di konvensyen komik. Menurut laporan, beliau telah dikejarkan dari rumahnya di Hollywood Hills awal pagi ini ke Cedars-Sinai Medical Center, di mana beliau disahkan meninggal dunia.



Dilahirkan sebagai Stanley Martin Lieber pada 1922, beliau dikenali umum sebagai pencipta dan pencipta bersama kebanyakan watak-watak komik untuk komik Marvel. Bermula di syarikat Martin Goodman pada 1939 sebagai pembantu di Timely Comics. Di penghujung tahun 50-an, syarikat berkenaan menuju kebangkrapan, dan sebagai usaha terakhir, Stan Lee cuba menyaingi populariti komik Justice League (oleh DC) dengan komik Fantastic Four #1 pada November 1961. Pasukan superhero itu dengan pantas menjadi popular dan merevolusikan genre superhero di masa-masa akan datang.

Bekerjasama bersama Jack Kirby, mereka mewujudkan watak-watak seperti The Incredible Hulk, The Mighty Thor, The Invincible Iron Man, The Astonishing Ant-Man dan The Uncanny X-Men. Dengan Steve Ditko pula, Stan Lee mencipta watak-watak seperti Doctor Strange dan Spider-Man (watak komik Marvel paling ikonik), termasukkan Daredevil bersama Bill Everett. Stan Lee turut 'menghidupkan' semula watak dari Timely Comics seperti Sub-Mariner dan Captain America. Pasukan The Avengers pula 'dilahirkan' pada tahun 1963. Dengan watak-watak lain seperti The Inhumans, Silver Surfer, Black Panther (watak superhero kulit hitam pertama di komik utama) dan The Falcon, tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh Stan Lee untuk membentuk asas komik Marvel seperti mana yang kita kenali pada hari ini. 

“My father loved all of his fans. He was the greatest, most decent man.” menurut anak perempuannya J.C. Lee.

Pengerusi dan CEO Disney, Bob Iger menyatakan “Stan Lee was as extraordinary as the characters he created. A superhero in his own right to Marvel fans around the world, Stan had the power to inspire, to entertain and to connect. The scale of his imagination was only exceeded by the size of his heart.”

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige turut berkongsi kesedihan dan mengangkat peranan dimainkan oleh Stan Lee. “No one has had more of an impact on my career and everything we do at Marvel Studios than Stan Lee. Stan leaves an extraordinary legacy that will outlive us all. Our thoughts are with his daughter, his family and the millions of fans who have been forever touched by Stan’s genius, charisma and heart. Excelsior!”

RIP Stan Lee (1922 - 2018)

No comments:

Powered by Blogger.