Tom Cruise Digantikan Sebagai Pelakon Disebabkan Terlalu Pendek?

Tom Cruise dikhabarkan akan digantikan sebagai pelakon utama filem Jack Reacher, kerana dikatakan 'terlalu pendek' untuk terus melakonkan watak tersebut.



Aktor berumur 56 tahun itu telah berlakon dalam dua filem Jack Reacher, dengan penampilan dalam filem terbaru Jack Reacher hanyalah sekitar 2 tahun lepas.

Menurut pencipta watak Jack Reacher, iaitu Lee Child, Tom Cruise adalah 'terlalu pendek' untuk terus melakonkan watak Jack Reacher. Dalam bukunya, Jack Reacher digambarkan sebagai seorang lelaki yang mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci, dengan tangan bersaiz pinggan makan. Sebagai perbandingan, Tom Cruise hanya berketinggian 5 kaki 7 inci.

Ini bermakna ada kebarangkalian filem Jack Reacher akan dihasilkan semula, dengan pelakon yang lebih tinggi untuk menepati ciri-ciri dari buku.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post