Setelah beberapa lama hanya melihat gambar-gambar di set filem Deadpool 3, akhirnya Marvel Studios telah memperlihatkan treler rasmi filem Deadpool 3, mendedahkan tajuk rasmi filem berkenaan iaitu Deadpool & Wolverine

Saksikan treler rasmi filem Deadpool & Wolverine di bawah:

BERKAITAN: Gambar Di Set Penggambaran Filem Deadpool 3 Perlihatkan Sut Ikonik Wolverine Dari Komik

Dijadualkan untuk tayangan pada 26 Julai 2024, filem Deadpool & Wolverine meneruskan kerjasama antara Ryan Reynolds dan pengarah filem Free Guy dan The Adam Project iaitu Shawn Levy. Dan umum mengetahui yang Hugh Jackman yang kembali sebagai Logan/ Wolverine, dan Jennifer Garner yang turut kembali sebagai Elektra.

Selain itu, pelakon-pelakon dari filem Deadpool dan Deadpool 2 seperti Leslie Uggams (sebagai Blind Al), Morena Baccarin (sebagai Vanessa), Rob Delaney (sebagai Peter), Stefan Kapicic (sebagai Colossus), Karan Soni (sebagai Dopinder), Brianna Hildebrand (sebagai Negasonic Teenage Warhead) dan Shioli Kutsuna (sebagai Yukio). 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post