Selepas 20 tahun melakonkan watak Elektra dalam filem Daredevil (2003) dan filem spin-off Elektra (2005), portal The Hollywood Reporter melaporkan yang Jennifer Garner akan sekali lagi tampil melakonkan watak superheroine berkenaan dalam filem terbaharu MCU, iaitu Deadpool 3

BERKAITAN: Dua Pelakon Deadpool 2 Sah Kembali Semula Dalam Deadpool 3

Khabar angin sebelum ini ada memberi bayangan yang Ben Affleck akan kembali sebagai Daredevil dalam filem Deadpool, jadi adakah penampilan Jennifer Garner sebagai Elektra ini seakan mengesahkan khabar angin berkenaan? Sama-sama kita nantikan.

Filem Deadpool 3 kembali menampilkan Ryan Reynolds sebagai Wade Wilson/ Deadpool, selain turut menampilkan Leslie Uggams (sebagai Blind Al), Morena Baccarin (sebagai Vanessa), Rob Delaney (sebagai Peter), Stefan Kapicic (sebagai Colossus), Karan Soni (sebagai Dopinder), Brianna Hildebrand (sebagai Negasonic Teenage Warhead) dan Shioli Kutsuna (sebagai Yukio).

BERKAITAN: Wolverine Sah Tampil Dalam Deadpool 3, Dilakonkan Semula Oleh Hugh Jackman!

Selain itu, turut disahkan sebelum ini adalah penampilan semula Hugh Jackman yang menyambung wataknya sebagai Logan/ Wolverine, yang kali terakhir dilakonkannya dalam filem Logan (2017). 

Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan rekod kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. 

Filem Deadpool 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 3 Mei 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post