Dua pelakon yang sebelum ini tampil dalam filem Deadpool 2 kini sah akan tampil semula dalam filem Deadpool 3!

Menurut laporan oleh portal Deadline, pelakon Morena Baccarin (melakonkan watak Vanessa, kekasih kepada Wade Wilson/ Deadpool) dan Stefan Kapicic (melakonkan watak Piotr Nikolayevich Rasputin/ X-Men Colossus) akan melakonkan semula watak mereka dari filem terdahulu. Untuk rekod. filem Deadpool dan Deadpool 2 diterbitkan oleh 20th Century Fox, dan filem Deadpool 3 merupakan filem Deadpool pertama di bawah naungan Marvel Studios. 

BERKAITAN: Dua Watak Kegemaran Ramai Bakal Tampil Semula Dalam Deadpool 3!

Selain Ryan Reynolds yang memegang watak utama, filem Deadpool 3 turut menampilkan semula Hugh Jackman sebagai Wolverine, yang mana pengumuman penampilan semula watak dan aktor berkenaan sebelum ini telah mengujakan ramai peminat. Selain mereka, dua pelakon lain dari filem terdahulu turut disahkan tampil semula dalam filem berkenaan iaitu Karan Soni (watak Dopinder) dan Leslie Uggams (watak Blind Al), selain tambahan baharu iaitu Emma Corrin dan Matthew Macfadyen.

Filem Deadpool 3 dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post