Rakyat Malaysia kini boleh menambah drama baharu dalam senarai tontonan mereka untuk dinikmati menerusi Bukan Puteri Lindungan Bulan, yang boleh ditonton di iQIYI sepanjang Ramadan ini. Siri yang dibintangi pelakon popular Malaysia, Janna Nick sebagai watak utama, ditayangkan di TV3 pada 21 Mac 2023, jam 10 malam menerusi slot Samarinda.

Bukan Puteri Lindungan Bulan merupakan drama bersiri 40-episod yang dibawakan oleh Media Prima, mengisahkan Larasati Aisya (lakonan Janna Nick), yang turut dikenali sebagai Puteri, terpaksa berhenti sekolah untuk mengambil alih perniagaan arwah bapanya. Dia dibelenggu oleh isteri abangnya, Sabrina (lakonan Afifah Nasir), yang turut membenci serta cemburu dengan memanipulasi keluarganya dan akhirnya menjadi punca keretakan dalam hubungan Lara. Zafir (lakonan Hisham Hamid) yang sentiasa menaruh perasaan terhadap Lara, pada mulanya tidak diendahkan, namun akhirnya Lara terbuka hati untuk menerima Zafir sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan mereka diuji apabila kepercayaan Zafir terhadap Lara mula goyah selepas terpengaruh dengan dakwaan Sabrina mengenai kecurangan Lara. Keadaan bertambah rumit dengan kehadiran bekas kekasih Zafir, Farah. Adakah hubungan Lara dan Zafir berjaya mengharungi kemelut itu?

Anda tidak perlu bimbang jika terlepas episod yang disiarkan di kaca TV kerana anda boleh mengikutinya setiap Isnin hingga Jumaat di iQIYI menerusi www.iQ.com/local atau aplikasi iQIYI. Bagi pemegang pas VIP pula, anda memiliki akses ekspres kepada episod terbaharu 1 jam selepas ditayangkan di TV, manakala untuk penonton secara percuma dapat menonton episod berkenaan 48 jam selepas disiarkan.

Jika anda tidak sabar untuk menyaksikan apa yang berlaku dalam siri yang cukup mencengkam jiwa ini, iQIYI menawarkan anda promosi pas VIP khas. Mulai sekarang hingga 30 April 2023, penonton kini boleh mendapatkan langganan VIP selama 6 bulan pada hanya RM44.90, seterusnya mendapat akses kepada kandungan eksklusif VIP, tontonan lanjutan untuk semua episod yang baru dikeluarkan dan menikmati tontonan tanpa gangguan serta tanpa iklan dengan HD penuh sehingga resolusi 4K!

Bukan itu sahaja, apabila anda membeli langganan VIP, anda juga berpeluang menghadirkan diri ke Rumah Terbuka Raya iQIYI, di mana anda dapat beramah mesra dengan selebriti kegemaran anda seperti Hisyam Hamid, Sweet Qismina, Han-Byul, Naim Daniel, dan ramai lagi!


iQIYI Rewards: Tonton, Dapat Ganjaran iQIYI

Dapatkan ganjaran apabila menonton rancangan kegemaran anda! Dari 24 Mac hingga 30 Mei 2023, nikmati drama pilihan anda dan kumpul mata untuk menebus hadiah hebat seperti Vakum Dyson atau Pembersih Udara, Airpods Apple, minyak wangi Chanel serta Dior dan banyak lagi! Penonton juga boleh meraih mata dengan menyelesaikan satu siri tugasan baharu setiap hari. Penonton juga boleh menebus hadiah raya yang telah disediakan khas oleh iQIYI sempena Ramadan & Raya.

Aplikasi iQIYI boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post