Raya adalah sinonim dengan meluangkan masa kualiti bersama insan tersayang, menikmati juadah yang lazat, dan sudah tentunya balik kampung. Sempena Raya ini, apa kata kita balik kampung bersama bintang-bintang tempatan pujaan kita dengan pelbagai rancangan menarik di Disney+ Hotstar? Daripada drama penuh aksi hinggalah kisah keluarga yang menyentuh hati, pastinya ada sesuatu untuk semua.

Meerqeen - Melur Untuk Firdaus Musim 1 dan Musim 2

Peminat Meerqeen pasti akan teruja menyaksikan wataknya sebagai Firdaus Iskandar yang lucu dalam drama romantik Melur Untuk Firdaus. Sungguhpun Firdaus sedang bercinta dengan teman wanitanya, Dee, dia dipaksa berkahwin dengan Melur. Dalam musim pertama, saksikan bagaimana Firdaus menangani hubungan barunya yang rumit, dan bagaimana Melur menggunakan taktik dan daya tarikannya untuk memutuskan hubungan antara Firdaus dengan Dee. Musim kedua turut menjanjikan plot yang sama hebat. Kali ini, Firdaus berusaha memperbaiki hubungannya dengan Melur selepas kekecohan yang berlaku dalam musim pertama. Sempena Raya ini, nikmatilah kisah menyentuh hati ini yang boleh dijadikan iktibar kepada kita untuk mengharungi cabaran yang sering timbul dalam hubungan.


Ummi Nazirah - Risik Pada Hati, Rindu Kasih

Ummi Nazirah menampilkan kehebatan lakonannya dalam Risik Pada Hati, di mana dia menghidupkan watak Hayfa, seorang isteri setia yang menghadapi kritikan masyarakat kerana ketidaksuburannya. Bagaimanapun, Hayfa tetap tekad dan berani menghadapi dugaan itu. Dia melakukan pengorbanan yang cukup besar dengan membenarkan suaminya mendapat cahaya mata dengan wanita lain.

Bakat Ummi sebagai pelakon versatil turut terserlah dalam Rindu Kasih. Kali ini pula, beliau membawakan watak Salina, yang menggunakan segala kudrat untuk bersatu semula dengan ibunya yang telah lama menghilangkan diri, sehingga dirinya terjebak dalam jenayah. Semoga rancangan ini akan mengingatkan kita bahawa kita mampu mengharungi segala rintangan dengan keberanian dan ketabahan, seperti watak itu yang dimainkan oleh Ummi Nazirah.


Sharifah Rose - Do You Love Me, Captain?, Kekasih Hati Mr. Bodyguard, Ku Punya Hati

Pelakon versatil dan berbakat tinggi, Sharifah Rose sentiasa menjayakan setiap watak yang dimainkannya. Dalam Kekasih Hati Mr. Bodyguard, beliau memainkan watak Hana, seorang wanita garang yang bertekad untuk merungkai satu misi. Plot cerita berkembang apabila Hana sering bertengkar dengan bekas pengawal peribadinya. Namun lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik dalam hati masing-masing apabila mereka menghabiskan lebih masa bersama. Dalam Ku Punya Hati pula, sisi Sharifah yang ceria dan bertenaga tertonjol apabila beliau memainkan peranan Rashidah, yang berubah menjadi seorang pempengaruh dan artis media sosial dalam sekelip mata. Saksikan bagaimana watak ini mengharungi jatuh bangun kemasyhuran, yang mempamerkan bakat lakonan Sharifah.

Satu lagi watak Sharifah yang tidak dapat dilupakan tentunya ialah Daneena dalam Do You Love Me, Captain? Sharifah dapat menyampaikan emosi kompleks ke dalam watak ini yang menyamar sebagai seorang pembantu rumah untuk melarikan diri dari makciknya yang jahat. Persembahan Sharifah yang dinamik menjadikannya pelakon yang cukup mengagumkan.


Aedy Ashraf - Kerana Cinta Itu Ada, Kisah Cinta Kita

Sekiranya anda seorang peminat drama romantik, jangan lupa saksikan lakonan Aedy Ashraf dalam Kerana Cinta Itu Ada dan Kisah Cinta Kita. Dalam Kerana Cinta Itu Ada, Aedy membawakan watak Tengku Aisy, anak kepada pemilik hotel terkemuka, yang jatuh cinta dengan seorang gadis marhaen. Seiring perkembangan plot, penonton akan menyaksikan pahit manis hubungan cintanya ketika dia dihujani pelbagai cabaran dan berjuang untuk menyelamatkan cinta itu. Keupayaan Aedy untuk menyampaikan pelbagai emosi dengan watak Tengku Aisy pasti tidak dapat dilupakan!

Sementara itu, dalam Kisah Cinta Kita, Aedy melakonkan watak seorang lelaki yang mengupah seorang wanita untuk menyamar sebagai pasangannya yang telah menghilangkan diri. Rentetan itu, satu demi satu kejadian yang mengejutkan terus berlaku, yang berakhir dengan perkahwinan. Bakat Aedy dalam menghidupkan plot yang kompleks ini pasti mengujakan penonton. Sama ada anda sedang mencari kisah cinta yang mengharukan atau ‘plot twist’ yang mendebarkan, kedua-dua ini berjaya disampaikan oleh Aedy Ashraf.


Fify Azmi - Special Force: Anarchy, Kau Cipta Kasih, Ada Hantu 2

Fify Azmi tidak pernah gagal mengagumkan penonton dengan lakonannya. Kali ini, beliau memainkan satu watak yang mencabar dalam drama bersiri Special Force: Anarchy yang penuh dengan aksi. Fify mempamerkan keserasian dengan Chacha Maembong yang memainkan watak sebagai adiknya Putih, apabila kedua-dua wanita itu terbabit dalam satu misi yang penting.

Dalam Kau Cipta Kasih pula, Fify membawakan watak Ramlah, seorang gadis bijak yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan abangnya yang sudah lama tersisih. Tekadnya untuk bersatu semula dengan keluarganya pasti akan menyentuh hati penonton. Akhir kata, peminat komedi seram wajib menyaksikan lakonan Fify sebagai Anita dalam Ada Hantu 2. Fifi sekali lagi menghadirkan persembahan yang mantap sebagai seorang rakan setia yang membantu rakannya untuk merungkai satu misi di sebuah rumah berhantu. Kemahiran lakonannya yang sempurna telah menjadikannya dinobatkan sebagai Pelakon Paling Menjanjikan pada Festival Filem Malaysia ke-31 tahun 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post