Sempena tayangan filem The Super Mario Bros. Movie yang akan ditayangkan di pawagam mulai 20 April 2023, United International Pictures (UIP) membawakan secara eksklusif buat julung kalinya sebuah Mario Kart bersaiz sebenar di Malaysia!

BERKAITANSaksikan Treler Filem The Super Mario Bros. Movie, Bakal Ditayangkan April 2023

Bertempat di Ground Floor, East Court, IOI City Mall Putrajaya, Mario Kart berkenaan akan dipamerkan mulai 12 April hingga 1 Mei 2023. Alami dan lihat sendiri kart berkenaan, selain turut berpeluang mengambil gambar dengan pose Mario menumbuk kotak ikonik misteri!


Filem The Super Mario Bros. Movie dibintangi oleh Chris Pratt (sebagai Mario), Anya Taylor-Joy (sebagai Princess Peach), Charlie Day (sebagai Luigi), Jack Black (sebagai Bowser), Keegan-Michael Key (sebagai Toad), Seth Rogen (sebagai Donkey Kong), Fred Armisen (sebagai Cranky Kong), Kevin Michael Richardson (sebagai Kamek) dan Sebastian Maniscalco (sebagai Spike).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post