Filem John Wick: Chapter 4 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam, namun pengarahnya, Chad Stahelski memberi bayangan yang `pintu' masih terbuka untuk menghasilkan lain-lain projek dalam francais berkenaan. Secara bersama, beliau menyatakan dirinya dan bintang utama John Wick, iaitu aktor Keanu Reeves adalah amat terbuka dalam idea kesinambungan filem berkenaan.

Ketika tampil dalam siri podcast Behind the Screen kendalian portal The Hollywood Reporter, Stahelski berkata:

It’s very flattering for them to come back and say, ‘We want more,’ and it’s not just a cash grab. It’s legitimately the audience wants more. I think we all need that little bit of time to go, ‘Whew. Let’s see what’s next.’ … If Keanu and I, a few months from now sit down at a whiskey bar in Japan again and go, ‘Yep, we’ll never do another one of those,’ and then all of a sudden go, ‘Yeah, but I got an idea.’ We’re open to it.

BERKAITAN: Review Filem John Wick: Chapter 4 (2023) - Penamat John Wick?

Kenyataan terbaharu Stahelski ini kelihatan agak bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini, yang menatakan ingin `merehatkan´ seketika francais terkenal berkenaan. Malah, kenyataan beliau ini juga kelihatan selari dengan Keanu Reeves, yang tidak menolak sekiranya watak berkenaan kembali untuk filem kelima nanti (sekiranya dihasilkan). Pasti peminat akan tertanya-tanya, bagaimana watak John Wick akan tampil semula nanti, walhal telahpun kelihatannya menemui ajal di penghujung filem John Wick: Chapter 4

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post