Selepas pengambilalihan studio 20th Century Fox oleh Disney, beberapa hak cipta terdahulu telah kembali semula kepada Marvel Studios. Dan umum mengetahui yang tidak semestinya watak-watak dari francais dimiliki studio terdahulu akan tampil semula dalam projek filem terbaharu (kecuali dengan beberapa `pengecualian´ atas sebab populariti mahupun fan-casting). Namun kini, dilaporkan yang dua watak kesukaan peminat dari dua filem Deadpool terdahulu akan kembali semula dalam filem Deadpool 3!

Menurut laporan dari portal Deadline, telah disahkan yang pelakon Leslie Uggams dan Karan Soni, yang melakonkan watak Blind Al dan Dopinder dalam filem Deadpool (2016) dan Deadpool 2 (2018), secara rasminya akan kembali melakonkan semula watak berkenaan dalam filem Deadpool 3

Uggams melakonkan watak Blind Al, rakan serumah Wade Wilson, manakala Soni pula melakonkan watak Dopinder, pemandu teksi `rasmi´ untuk Deadpool. Soni turut terlibat dengan satu lag projek Marvel, apabila bakal tampil sebagai pelakon suara untuk watak Pavitr Prabhakar/ Spider-Man India dalam filem animasi Spider-Man: Across the Spider-Verse.

BERKAITAN: Wolverine Kembali Dalam Deadpool 3 Menggunakan Elemen Time Travel?

Pengumuman penampilan semula dua watak tersebut nyata sudah tentunya menggembirakan peminat dua filem Deadpool terdahulu. Namun, masih belum diketahui samada filem Deadpool 3 akan menampilkan semula para mutant dari filem Deadpool 2, seperti watak Cable (lakonan Josh Brolin) dan Domino (lakonan Zazie Beetz). 

Ryan Reynolds kembali tampil sebagai Wade Wilson/ Deadpool, selain bakal menampilkan semula Hugh Jackman, menyambung wataknya sebagai Wolverine. Watak antagonis masih belum didedahkan, yang akan dilakonkan oleh Emma Corrin.

Filem Deadpool 3 diarahkan oleh Shawn Levy, dan dijadualkan untun tayangan di pawagam pada 8 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post