Treler untuk siri baharu Marvel Studios, Secret Invasion kini diperlihatkan! Key art dan beberapa gambar eksklusif juga turut tersedia untuk siri live-action terbaharu itu yang akan boleh ditonton menerusi Disney+ Hotstar pada 21 Jun 2023.

Saksikan treler siri Disney+ Secret Invasion di bawah:

Dalam siri baharu Marvel Studios Secret Invasion yang berlatarkan MCU masa kini, Nick Fury mengetahui tentang pencerobohan Bumi oleh puak Skrull yang merupakan bangsa yang mampu untuk shapeshifting. Fury menyertai sekutunya, termasuk Everett Ross, Maria Hill dan Skrull bernama Talos (yang pernah muncul dalam filem Captain Marvel sebelum ini, yang kini telah membina hidupnya di Bumi). Bersama-sama, mereka berlumba mengejar masa untuk menggagalkan pencerobohan Skrull yang akan berlaku, seterusnya menyelamatkan dunia.

Siri Disney+ Secret Invasion dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Cobie Smulders, Martin Freeman, Kingsley Ben-Adir, Charlayne Woodard, Killian Scott, Samuel Adewunmi, Dermot Mulroney, Christopher McDonald dan Katie Finneran, selain turut menampilkan Emilia Clarke, Olivia Colman dan Don Cheadle.

Ali Selim mengarahkan siri Secret Invasion dan turut bertindak sebagai penerbit eksekutif, bersama rakan penerbit eksekutif seperti Kevin Feige, Jonathan Schwartz, Louis D'Esposito, Victoria Alonso, Brad Winderbaum, Samuel L. Jackson, Ali Selim, Kyle Bradstreet dan Brian Tucker.

Siri Disney+ Secret Invasion akan ditayangkan di saluran Disney+ Hotstar mulai 21 Jun  2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post