Tyler Rake kembali dalam filem Extraction 2! Sambungan kepada filem Extraction (2020) yang menampilkan aksi tanpa henti, menampilkan semula Chris Hemsworth yang melakonkan watak askar upahan.

Saksikan treler teaser filem Extraction 2 di bawah:

BERKAITAN: Saksikan Treler Filem Netflix Bertajuk Extraction - Lakonan Chris Hemsworth

Filem Extraction 2 adalah berdasarkan novel grafik Ciudad hasil karya oleh Ande Parks, dan dibintangi pelakon seperti Chris Hemsworth, Golshifteh Farahani, Tornike Gogrichiani, Adam Bessa, Daniel Bernhardt, Tinatin Dalakishvili dan Olga Kurylenko.

Dalam filem Extraction 2, Chris Hemsworth kembali sebagai Tyler Rake, menyambung kisah watak berkenaan dari filem terdahulu. Selepas berjaya menyelamatkan diri di penghujung filem terdahulu, Rake kembali sebagai askar upahan misi rahsia Australia, yang ditugaskan untuk satu lagi misi berbahaya: menyelamatkan satu keluarga yang menjadi mangsa gengster Georgia yang kejam daripada sebuah penjara di mana mereka sedang ditahan.

Filem Extraction 2 diarahkan oleh Sam Hargrave dan diterbitkan oleh Joe Russo, Anthony Russo, Chris Hemsworth, Patrick Newall, Sam Hargrave, Mike Larocca, Angela Russo-Otstot, Eric Gitter dan Peter Schwerin, dan akan ditayangkan di Netflix pada 16 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post