Dalam satu temubual di program radio Sirius XM, pelakon watak Wolverine iaitu Hugh Jackman telah menndedahkan yang elemen time travel akan digunakan untuk membawa kembali watak berkenaan dalam filem Deadpool 3.

BERKAITAN: Kenapa Hugh Jackman Setuju Untuk Kembali Sebagai Wolverine Dalam Deadpool 3?

Jackman menyatakan yang time travel membolehkan Wolverine tampil semula dalam filem berkenaan tanpa perlu mengorbankan timeline filem Logan (2017), yang ternyata amat penting untuk Jackman dan peminat francais filem tersebut. Menurut Jackman;

And then we made Logan, and I was super happy with it. But all because of this device they have in the Marvel world of moving around timelines, now we can go back, because … it’s science. And so I don’t have to screw with the Logan timeline, which was important to me, and I think probably to the fans too.

BERKAITAN: Wolverine Sah Tampil Dalam Deadpool 3, Dilakonkan Semula Oleh Hugh Jackman!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini telah mengesahkan yang filem Deadpool 3 akan mengekalkan penarafan R-rating (Restricted) seperti mana 2 filem terdahulu, yang juga merupakan penarafan R pertama untuk filem Marvel Studios. Ia juga merupakan filem Deadpool pertama yang dihasilkan selepas pengambil-alihan studio 20th Century Fox oleh Disney.

Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan rekod kutipan keseluruhan  lebih USD1.5 bilion di seluruh dunia. 

Filem Deadpool 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 8 November 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post