Treler rasmi pertama sambungan filem Rebel Moon - Part One: A Child of Fire (2023), diberi tajuk Rebel Moon – Part Two: The Scargiver kini diperlihatkan, memberikan gambaran terhadap sambungan filem sains fiksyen Rebel Moon arahan Zack Snyder yang akan ditayangkan di Netflix pada 19 April 2024.
Treler terbaharu tersebut memperlihatkan kesinambungan jalan cerita Rebel Moon, dunia-dunia asing di dalamnya, dan perancangan masa hadapan Zack Snyder untuk saga filem sains fiksyen berkenaan. Saksikan treler filem Rebel Moon – Part Two: The Scargiver di bawah;
BERKAITAN: Review Filem Rebel Moon - Part One: A Child of Fire (2023) - Macam Pernah Ku Lihat, Tapi Di Mana?
Filem Rebel Moon – Part Two: The Scargiver akan terus menyambung pengakhiran filem terdahulu, di mana penduduk Veldt akan berjuang mempertahankan kebebasan komuniti mereka dari ancaman tentera Imperium dan Motherworld.
Sinopsis rasmi Rebel Moon adalah seperti berikut;
A peaceful colony on the edge of the galaxy is threatened by the armies of a tyrannical regent named Balisarius. The desperate civilians dispatch Kora, a young woman who has a mysterious past, to seek out warriors from nearby planets to help them challenge the regent.
Filem Rebel Moon dibintangi oleh Sofia Boutella (sebagai Kora), Ed Skrein (sebagai Admiral Atticus Noble), Charlie Hunnam (sebagai Kai), Michiel Huisman (sebagai Gunnar), Djimon Hounsou (sebagai Jeneral Titus), Staz Nair (sebagai Tarak), Doona Bae (sebagai Nemesis), Ray Fisher (sebagai Darrian Bloodaxe), selain Anthony Hopkins yang meminjamkan suara untuk watak robot kesatria bernama Jimmy.
Post a Comment