Masih belum banyak banyak yang diketahui tentang perincian sambungan filem The Batman yang akan datang. Terbaharu, CEO Bersama DC Studios, James Gunn telah berkongsikan sedikit maklumat berkaitan sambungan filem yang dinantikan itu.

Dalam satu balasan di laman media sosial Threads, Gunn menyatakan khabar angin yang menyatakan watak villain yang akan muncul dalam filem sambungan The Batman itu adalah Professor Pyg dan Scarecrow, yang akan menyertai Clayface, Hush, dan Dick Grayson sebagai "sekadar dibuat-buat" sahaja.

Walaupun khabar angin menyatakan Clayface dan Hush - dua watak villain ikonik dalam komik Batman - akan muncul dalam filem itu telah berlegar sejak hampir setahun lalu, namun ini adalah kali pertama Gunn menjawab khabar angin tentang penampilan watak-watak berkenaan.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya tentang watak mana yang akan menjadi impiannya untuk digabungkan dalam dunia The Batman pada Mac 2022, pengarah Matt Reeves berkata;

"Saya rasa Hush benar-benar menarik untuk ditampilkan. Saya akan pilih Hush. Namun itu tidak bermakna yang seterusnya ialah Hush."

BERKAITANReview Filem The Batman (2022) - Masa Tayangan Hampir 3 Jam, Tapi Kami Layan!

Buat masa ini, telah disahkan yang Robert Pattinson akan kembali sebagai Bruce Wayne/ Batman dalam sambungan filem berkenaan. Filem The Batman (2022) mengacah penampilan The Joker, selain turut memberi bayangan yang The Riddler masih hidup dan ditempatkan di Arkham, jadi berkemungkinan salah satu (atau kedua-dua) watak villain ini akan muncul kembali.

Filem The Batman (2022) dibintangi Pattinson sebagai Bruce Wayne/Batman, Zoë Kravitz sebagai Selina Kyle/Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Jeffrey Wright sebagai James Gordon, John Turturro sebagai Carmine Falcone, Peter Sarsgaard sebagai Gil Colson, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, dan Colin Ferrell sebagai Oswald Cobblepot/ Penguin.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post