Susulan pengumuman keputusan mahkamah yang mendapati dirinya bersalah akibat kes keganasan, pelakon watak Kang the Conqueror dalam siri filem MCU, Jonathan Majors akhirnya dipecat oleh Marvel!

Beberapa portal berita perfileman telah melaporkan yang terdapatnya pengesahan dari salah seorang wakil Marvel Studios yang menyatakan Majors telah digugurkan dari watak yang dilakonkannya itu, selepas didapati bersalah terhadap 2 tuduhan keganasan sebelum ini. Majors telah didapati bersalah untuk pertuduhan ¨assault in the third degree while recklessly causing physical injury¨ dan ¨harassment in the second degree¨. Walaupun didapati tidak bersalah untuk tuduhan ¨assault in the third degree with intent to cause physical injury¨ dan ¨aggravated harassment in the second degree¨, namun dua tuduhan yang terdahulu sudah cukup untuk menutup terus masa depan Majors bersama Marvel Studios, seterusnya memberi kesan terhadap perancangan dan way forward untuk watak Kang the Conqueror dalam MCU.

Keputusan ini sudah tentunya sekali lagi akan meletakkan Marvel Studios dalam situasi paling sukar, sama seperti mana kematian mengejut bintang Black Panther, Chadwick Boseman akibat kanser usus sebelum ini.

Sebelum ini, watak lakonan Majors muncul buat pertama kalinya sebagai He Who Remains dalam siri DIsney+ Loki Musim 1. Ianya ditampilkan sebagai varian kepada watak penjahat merentas masa, Kang the Conqueror, yang juga telah muncul sebagai antagonis utama dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023). Varian lain yang juga telah muncul adalah Victor Timely, yang muncul dalam siri Disney+ Loki Musim 2.

Perkembangan terbaharu ini sudah tentunya merencatkan perancangan Marvel Studios, apatah lagi watak Kang the Conqueror adalah tunjang untuk Multiverse Saga. Adakah mungkin watak berkenaan akan diŕecast'oleh Marvel?

Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaharu ini nanti. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post