Nampaknya mogok dilakukan organisasi WGA dan SAG-AFTRA yang berterusan telah memberi kesan kepada tarikh tayangan beberapa buah filem. Ini termasuklah filem terbaharu dari Sony, iaitu filem Gran Turismo berasaskan permainan video perlumbaan kereta terkenal di platform permainan konsol mereka.

Filem Gran Turismo yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 11 Ogos 2023, kini ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 25 Ogos 2023. 

Menurut laporan oleh portal The Hollywood Reporter, penundaan ini terpaksa dilakukan disebabkan mogok berpanjangan melibatkan pekerja filem seperti aktor/ aktres dan juga pekerja sebalik tabir, yang menyebabkan aspek promosi filem terganggu. 

Sinopsis filem Gran Turismo adalah seperti berikut:

Based on the unbelievable true story of a team of unlikely underdogs, the film follows a struggling working-class gamer, a failed former racecar driver, and an idealistic motorsport executive. Together, they risk it all to take on the most elite sport in the world. Gran Turismo is an inspiring, thrilling, and action-packed story that proves that nothing is impossible when you’re fueled from within.

Filem Gran Turismo diarahkan oleh Neill Blomkamp, dibarisi pelakon seperti David Harbour, Orlando Bloom, Darren Barnet, Djimon Hounsou, Geri Halliwell-Horner, Daniel Puig, Josha Stradowski, Sang Heon Lee dan Thomas Kretschmann.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post