Mogok berterusan dilakukan organisasi WGA dan SAG-AFTRA nampaknya telah memberi kesan kepada beberapa studio perfileman, termasuklah Sony Pictures. Selepas mengumumkan penundaan tarikh tayangan filem Gran Turismo, kini Sony turut mengumumkan tarikh tayangan baharu untuk filem Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.

Filem Spider-Man: Beyond the Spider-Verse yang padal awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 29 Mac 2024, kini telah ditunda TANPA pengumuman tarikh baharu tayangan. Malah, ianya juga telah dikeluarkan dari senarai tayangan untuk tahun 2024. Bukan sahaja filem tersebut, malah pengumuman berkenaan turut memberi kesan kepada dua lagi filem Marvel, iaitu Venom 3 dan Kraven the Hunter

BERKAITAN: Review Filem Spider-Man: Across the Spider-Verse (2023) - Lagi Best!

Filem sebelum ini, iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse (2023) menampilkan Shameik Moore (sebagai Miles Morales/ Spider-Man), Hailee Steinfeld (sebagai Gwen Stacy/ Spider-Gwen), Jake Johnson (sebagai Peter B. Parker/ Spider-Man), Oscar Isaac (sebagai Miguel O’Hara/ Spider-Man 2099), Issa Rae (sebagai Spider-Woman), Daniel Kaluuya (sebagai Spider-Punk), Karan Soni (sebagai Spider-Man India), Andy Samberg (sebagai Scarlet Spider), dan menampilkan Jason Schwartzman sebagai The Spot.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post