Sony telah mengumumkan penundaan tarikh tayangan filem terbaharu Ghostbusters.

Filem terbaharu dalam senarai francais filem Ghostbusters berkenaan, yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 20 Disember 2023, kini ditunda ke 29 Mac 2024, yang merupakan tarikh tayangan asal untuk satu lagi filem Sony, iaitu Spider-Man: Beyond the Spider-Verse. Manakala filem Spider-Man: Beyond the Spider-Verse pula telah ditunda ke tarikh baharu yang masih belum diumumkan.

Selain itu, Sony turut mengumumkan perubahan tarikh tayangan beberapa filem terbaharu mereka, seperti filem Kraven the Hunter (ditunda dari 6 Oktober 2023 ke 30 Ogos 2024), Gran Turismo (ditunda dari 11 Ogos 2023 ke 25 Ogos 2023), dan filem terbaharu Karate Kid (ditunda dari 7 Jun 2024 ke 13 Disember 2024). Manakala filem Madame Web diawalkan tayangan (dari 16 Februari 2024 ke 14 Februari 2024)

Selain itu, Sony turut mengumumkan tarikh tayangan untuk filem Bad Boys 4, iaitu pada 14 Jun 2024, manakala filem Venom 3 dijadualkan untuk tayangan pada 12 Julai 2024.

Sambungan filem Ghostbusters: Afterlife berkenaan akan menjadi filem keempat dalam siri filem utama Ghostbusters (dan filem kelima dalam francais filem Ghostbusters - jika mengambil kira filem reboot pada 2016).

BERKAITAN: Review Filem Ghostbusters: Afterlife (2021) - Penuh Dengan Nostalgia

Sambungan filem Ghostbusters: Afterlife yang masih belum mempunyai tajuk rasmi itu dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 29 Mac 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post