Sejak 50 tahun yang lalu, filem seram paling menakutkan dalam sejarah telah ditayangkan di skrin, mengejutkan penonton di seluruh dunia. Kini, babak baru bermula. Daripada Blumhouse dan pengarah David Gordon Green, yang menghancurkan status quo dengan kebangkitan francais Halloween mereka, kini muncul dengan filem The Exorcist: Believer

Saksikan treler filem The Exorcist: Believer di bawah:

Sejak kematian isterinya yang hamil dalam gempa bumi Haiti 12 tahun lalu, Victor Fielding (lakonan Leslie Odom, Jr.) telah membesarkan anak perempuan mereka, Angela (lakonan Lidya Jewett) secara bersendirian.

Tetapi apabila Angela dan rakannya Katherine (lakonan Olivia Marcum) hilang di dalam hutan, dan kembali tiga hari kemudian tanpa ingatan tentang apa yang berlaku kepada mereka, ianya membawa kepada rantaian peristiwa yang memaksa Victor untuk berhadapan nadir kejahatan dan , dalam ketakutan dan tertekan, mencari satu-satunya orang yang masih hidup yang pernah menyaksikan perkara seperti itu sebelum ini: iaitu Chris MacNeil.

Filem The Exorcist: Believer dibarisi pelakon seperti Leslie Odom, Jr., Ann Dowd, Jennifer Nettles, Norbert Leo Butz, Lidya Jewett, Olivia Marcum dan Ellen Burstyn.

Diarahkan oleh David Gordon Green dan diterbitkan oleh Jason Blum, David Robinson dan James G. Robinson, filem The Exorcist: Believer dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 12 Oktober 2023.

 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post