Musim perayaan ini, Illumination, yang bertanggungjawab menghasilkan filem seperti Minions, Despicable Me, Sing dan The Secret Life of Pets, kini tampil sekali lagi dengan filem animasi terbaharu mereka, bertajuk Migration yang membawakan anda untuk menikmati keseronokan komedi percutian keluarga yang penuh adegan melucukan.

Keluarga Mallard berada dalam keadaan serba salah. Walaupun si ayah, Mack berpuas hati untuk memastikan keluarganya selamat mendayung di sekitar kolam New England mereka selama-lamanya, si ibu, Pam tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada anak-anak mereka—anak lelaki remaja, Dax dan anak itik, Gwen — dunia yang serba luas. Selepas sekeluarga itik yang berhijrah turun ke kolam mereka dengan kisah mendebarkan tentang tempat-tempat yang jauh, Pam memujuk Mack untuk memulakan perjalanan keluarga, melalui New York City, ke negara tropika Jamaica.

Apabila Mallards menuju ke Selatan untuk musim sejuk, perancangan awal yang tersusun telah tersasar dengan cepat. Pengalaman itu akan memberi inspirasi kepada mereka untuk meluaskan ufuk pandang mereka, membuka diri mereka kepada rakan baharu dan mencapai lebih daripada yang mereka fikirkan, sambil mengajar mereka lebih banyak tentang satu sama lain—dan diri mereka sendiri—daripada yang pernah mereka bayangkan.


Filem Migration dibintangi oleh Kumail Nanjiani, Elizabeth Banks, Awkwafina, Keegan-Michael Key, David Mitchell, Carol Kane, Caspar Jennings, Tresi Gazal dan Danny DeVito.

Diarahkan oleh Benjamin Renner, filem Migration dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 7 Disember 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post