Ketika acara tayangan perdana filem Fast X di Rom, bintang utamanya Vin Diesel memberi bayangan yang filem Fast & Furious 12 berkemungkinan akan dihasilkan, dengan menyatakan yang permintaan berkenaan adalah dari studio perfileman sendiri!

Menurut Diesel, pihak studio telah meminta penghasilan 3-siri filem finale berbanding 2-siri filem yang bakal dihasilkan — dengan filem Fast X yang akan ditayangkan tidak lama lagi, dan filem ke-11 Fast & Furious yang sepatutnya menjadi filem finale kepada francais filem yang diminati ramai berkenaan. Menurutnya:

Going into making this movie, the studio asked if this could be a two-parter. And after the studio saw this one, they said, ‘Could you make Fast X the finale, a trilogy?

Namun ketika ditanya lebih lanjut dan diminta pengesahan tentang penghasilan filem Fast & Furious 12, ini jawapan ringkas Diesel: 

You’re gonna get me in trouble here.

BERKAITAN: Saksikan Treler Baharu Filem Fast X, Bakal Ditayangkan Mei Ini

Sinopsis rasmi filem Fast X adalah seperti berikut:

Over many missions and against impossible odds, Dom Toretto (Vin Diesel) and his family have outsmarted, out-nerved and outdriven every foe in their path. Now, they confront the most lethal opponent they’ve ever faced: A terrifying threat emerging from the shadows of the past who’s fueled by blood revenge and who is determined to shatter this family and destroy everything — and everyone — that Dom loves, forever.

Barisan pelakon dari filem-filem terdahulu seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, dan Scott Eastwood akan kembali menyambung watak-watak mereka sebelum ini. Filem kesepuluh dalam francais filem Fast & Furious itu akan menampilkan barisan pelakon tambahan seperti Jason Momoa, Daniela Melchior, Brie Larson, dan Alan Ritchson.

Filem Fast X dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 18 Mei 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post