Kami telah diberikan kesempatan akses awal untuk menonton dua episod awal siri seram terbaharu di Disney+ Hotstar, iaitu Jurnal Risa (2023). Terima kasih diucapkan kepada Disney+ Hotstar atas akses awal yang diberikan berkenaan. Dan ini adalah review siri Jurnal Risa dari kami.

BERKAITAN: Siri Seram Dari Danur Universe, Jurnal Risa Akan Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Berdasarkan novel Jurnal Risa: Teror Liburan Sekolah karya Risa Saraswati, Jurnal Risa berlatarkan tahun 90-an, mengisahkan Risa yang semasa kecil telah terlibat dalam pengembaraan menyeramkan bersama rakan-rakannya. Dua episod awal ini merupakan build up kepada jalan cerita keseluruhan siri Jurnal Risa ini nanti, yang mana berkisarkan kepada misteri sebilah senjata aneh yang dijumpai oleh Risa dan rakan-rakannyadi sebuah rumah usang tidak berpenghuni yang telah ditinggalkan sekian lama. Namun, seakan ada kuasa mistik yang menghantui senjata aneh berkenaan, menyebabkan Risa dan rakan-rakannya berhadapan dengan gangguan aneh. 

Situasi menjadi rumit apabila roh berkenaan mengganggu kehidupan Risa dan rakan-rakan, sehingga ke tahap merasuk mereka yang berdekatan. Dalam percubaan menyelamatkan salah seorang daripada mereka dari ancaman roh jahat yang ingin membalas dendam berkenaan, Risa dan rakan-rakan mengembara ke pinggir bandar untuk menjejak tempat asal roh berkenaan dan mengembalikan senjata berkenaan ke tempat asalnya. Namun, mereka sekali lagi diancam roh jahat berkenaan, dan kali ini hampir-hampir menyebabkan salah seorang mereka menjadi korban. Apakah yang bakal berlaku kepada Risa dan rakan-rakannya? Jangan lupa saksikan siri Jurnal Risa ini nanti.

Jurnal Risa dibintangi oleh Shofia Shireen sebagai Risa, Sheryl Drisanna sebagai Dewi, Ali Fikry sebagai Angga, Muhammad Ozkan sebagai Nicko, Keanu Azka sebagai Kakang, Alesha Fadillah sebagai Indi, Alleyra Fakhira sebagai Riri, Dimas Putra sebagai Agus dan Quentin Stanislavski sebagai Kulon

Jurnal Risa akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan Disney+ mulai 27 Mei 2023 ini untuk penonton di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Filipina.

Jangan lupa saksikan siri Jurnal Risa yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 27 Mei 2023 ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post