Selepas kejayaan barisan siri filem seram di Indonesia yang dikenali sebagai Danur Universe, kini individu di sebalik saluran YouTube terkenal dengan lebih 6 juta pengikut, iaitu Risa Saraswati telah bersedia untuk melancarkan siri debut sendiri, diberi tajuk Jurnal Risa, yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 27 Mei 2023.

Kisah seram pengembaraan zaman kanak-kanak Risa Saraswati, sepupunya, dan The Crew akan diadaptasikan kepada siri kisah seram diarahkan oleh Awi Suryadi, dengan Manoj Punjabi (MD Entertainment) bertindak sebagai penerbit, Siri terdiri daripada 10-episod itu akan menayangkan 2 episod awalnya serentak pada 27 Mei, diikuti dengan 1 episod pada hari Sabtu setiap minggu. 

Berdasarkan novel Jurnal Risa: The Summer Break Terror (Teror Liburan Sekolah) karya Risa Saraswati, siri tersebut membawakan kisah berlatarkan tahun 90-an, apabila Risa semasa kecil telah terlibat dalam satu lagi pengembaraan menyeramkan bersama rakan-rakan baharunya, dikenali sebagai The Crew, dan sepupu-sepupunya ketika cuba menyelamatkan salah seorang daripada mereka dari ancaman roh jahat yang ingin membalas dendam. 

Dibintangi Shofia Shireen sebagai Risa, Sheryl Drisanna sebagai Dewi, Ali Fikry sebagai Angga, Muhammad Ozkan sebagai Nicko, Keanu Azka sebagai Kakang, Alesha Fadillah sebagai Indi, Alleyra Fakhira sebagai Riri, Dimas Putra sebagai Agus dan Quentin Stanislavski sebagai Kulon, Jurnal Risa akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan Disney+ mulai 27 Mei 2023 ini untuk penonton di Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, dan Filipina.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post