Francais filem yang terkenal dengan elemen aksi melibatkan perlumbaan kereta, iaitu Fast & Furious bakal hadir dengan filem baharu, iaitu Fast X tidak lama lagi. Terbaharu, United International Pictures (UIP) Malaysia telah memperlihatkan treler baharu filem Fast X.

Saksikan treler filem Fast X di bawah:

BERKAITAN: Treler Filem Fast X Diperlihatkan, Siap Ada Death Star!


Filem Fast X menampilkan watak antagonis baharu, iaitu Dante (lakonan Jason Momoa) yang sebenarnya adalah anak kepada Reyes, watak antagonis yang tampil dalam filem Fast Five sebelum ini. Nampaknya family Toretto dah kacau satu lagi family!


Sinopsis rasmi filem Fast X adalah seperti berikut:

In 2011’s Fast Five, Dom and his crew took out nefarious Brazilian drug kingpin Hernan Reyes and decapitated his empire on a bridge in Rio De Janeiro. What they didn’t know was that Reyes’ son, Dante (Jason Momoa), witnessed it all and has spent the last 12 years masterminding a plan to make Dom pay the ultimate price. Dante’s plot will scatter Dom’s family from Los Angeles to the catacombs of Rome, from Brazil to London and from Portugal to Antarctica. New allies will be forged and old enemies will resurface. But everything changes when Dom discovers that his own 8-year-old son (Leo Abelo Perry) is the ultimate target of Dante’s vengeance.

Filem Fast X diarahkan oleh pengarah filem Transporter, Louis Leterrier, yang mengambil alih kerusi pengarah selepas Justin Lin menarik diri secara mengejut akibat perbezaan kreativiti. Walau bagaimanapun, Lin kekal sebagai penerbit untuk filem Fast X

Barisan pelakon dari filem-filem terdahulu seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, dan Scott Eastwood akan kembali menyambung watak-watak mereka sebelum ini. Filem kesepuluh dalam francais filem Fast & Furious itu akan menampilkan barisan pelakon tambahan seperti Jason Momoa, Daniela Melchior, Brie Larson, dan Alan Ritchson.

Filem Fast X dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 18 Mei 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post