Treler terbaharu filem The Flash telahpun diperlihatkan oleh studio Warner Bros. di acara CinemaCon baru-baru ini, memperlihatkan watak Barry Allen/ The Flash lakonan Ezra Miller, Batman versi Michael Keaton, dan Supergirl (lakonan Sasha Calle) yang berganding bahu untuk menghalang kemaraan Jeneral Zod (penampilan semula Michael Shannon) setelah Barry `menukar´ garis masauntuk menyelamatkan kedua-dua ibu bapanya. 



Turut diperlihatkan (dan disahkan) adalah penampilan Ben Affleck yang melakonkan semula watak Batman versinya.

Saksikan treler terbaharu filem The Flash di bawah: 

BERKAITAN: Treler Filem The Flash Akhirnya Diperlihatkan - Apa Jadi Jika Tiada Manusia Meta?

Turut diperlihatkan adalah poster terbaharu filem The Flash

BERKAITAN: Poster Pertama Filem The Flash Didedahkan, Treler Rasmi Semakin Hampir!

Sinopsis filem The Flash adalah seperti berikut:

Worlds collide in The Flash when Barry uses his superpowers to travel back in time in order to change the events of the past. But when his attempt to save his family inadvertently alters the future, Barry becomes trapped in a reality in which General Zod has returned, threatening annihilation, and there are no Super Heroes to turn to. That is, unless Barry can coax a very different Batman out of retirement and rescue an imprisoned Kryptonian … albeit not the one he’s looking for. Ultimately, to save the world that he is in and return to the future that he knows, Barry’s only hope is to race for his life. But will making the ultimate sacrifice be enough to reset the universe?

Filem The Flash diarahkan oleh Andy Muschietti, menampilkan barisan pelakon seperti Ezra Miller, Michael Keaton dan Ben Affleck, selain Sasha Calle (sebagai Supergirl), Kiersey Clemons (sebagai Iris West), Maribel VerdĂș (sebagai Nora Allen), Ron Livingston (sebagai Henry Allen), Michael Shannon (sebagai Jeneral Zod) dan Antje Traue (sebagai Faora-Ul).

Filem The Flash akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post