Setelah lama menunggu, akhirnya treler rasmi pertama filem The Flash diperlihatkan, menampilkan pandang pertama Ezra Miller dalam sut baharu superhero The Flash

Saksikan treler filem The Flash di bawah:

BERKAITAN: Poster Pertama Filem The Flash Didedahkan, Treler Rasmi Semakin Hampir!

Treler rasmi pertama The Flash ini tentunya mengujakan kerana menampilkan banyak sedutan baharu, terutamanya penampilan semula Batman versi Michael Keaton, siap dengan muzik latar filem Batman zaman berkenaan dan ungkapan ikonik ’I'm Batman' dari Keaton. Selain itu, turut kelihatan adalah Ben Affleck, Jeneral Zod dari filem Man of Steel (2013) dan Supergirl (lakonan Sasha Calle).

Sinopsis filem The Flash adalah seperti berikut:

Worlds collide in The Flash when Barry uses his superpowers to travel back in time in order to change the events of the past. But when his attempt to save his family inadvertently alters the future, Barry becomes trapped in a reality in which General Zod has returned, threatening annihilation, and there are no Super Heroes to turn to,” says the synopsis. “That is, unless Barry can coax a very different Batman out of retirement and rescue an imprisoned Kryptonian… albeit not the one he’s looking for. Ultimately, to save the world that he is in and return to the future that he knows, Barry’s only hope is to race for his life. But will making the ultimate sacrifice be enough to reset the universe?

BERKAITAN: Warner Bros. Memperlihatkan Logo Terbaharu Untuk Filem The Flash

Selain Ezra Miller, Ben Affleck dan Michael Keaton, pelakon lain yang disahkan akan tampil adalah seperti Sasha Calle (sebagai Supergirl), Kiersey Clemons (sebagai Iris West), Maribel VerdĂș (sebagai Nora Allen), Ron Livingston (sebagai Henry Allen), Michael Shannon (sebagai Jeneral Zod) dan Antje Traue (sebagai Faora-Ul).

Filem The Flash akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post