Selain menghidangkan treler filem-filem utama, acara Super Bowl 2023 turut menyajikan TV spot terbaharu filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

Berdasarkan permainan oleh Hasbro yang juga bertajuk Dungeons & Dragons, filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves diarahkan oleh Jonathan Goldstein dan John Francis Daley, dan dibintangi oleh Chris Pine, Michelle Rodriguez, Regé-Jean Page, Justice Smith, Sophia Lillis, Chloe Coleman, Daisy Head dan Hugh Grant.

Saksikan TV spot terbaharu filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves di bawah:

BERKAITAN: Saksikan Treler Pertama Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves

Ini merupakan kali ke-empat permainan Dungeons & Dragons diadaptasikan sebagai filem, selepas Dungeons & Dragons (2000), Dungeons & Dragons: Wrath of the Dragon God (2005), dan Dungeons & Dragons: The Book of Vile Darkness (2012).

Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 2 Mac 2023.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post