Universal Pictures telah mengumumkan yang mereka kini dalam proses menghasilkan filem live-action How to Train Your Dragon, berdasarkan filem animasi dengan tajuk sama yang diterbitkan oleh DreamWorks sebelum ini. Filem berkenaan kini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 14 Mac 2025.

Filem live-action How to Train Your Dragon akan ditulis dan diarahkan oleh pengarah filem animasinya sebelum ini, iaitu Dean DeBlois, yang turut dikenali melalui hasil kerjanya dalam filem Lilo & Stitch untuk Disney.

Kenyataan rasmi oleh Universal berkaitan projek berkenaan adalah seperti berikut: 

For more than a decade, DreamWorks Animation’s epic animated film trilogy about the friendship between a young man and his dragon has moved, inspired, and delighted audiences worldwide. Now, a new live-action adaptation of the blockbuster How to Train Your Dragon franchise will transport audiences for the first time into a new cinematic experience and a bold, thrilling new chapter in the beloved story of Viking Hiccup and his Night Fury dragon, Toothless.

Francais filem How to Train Your Dragon yang kini telah punyai tiga buah filem adalah berdasarkan buku kanak-kanak karya Cressida Cowell. Ianya mengisahkan watak Hiccup, seorang remaja dan pencipta muda bangsa Viking yang berazam untuk membanggakan bapanya dengan menjadi seorang pembunuh naga, yang menimbulkan ancaman kepada kampung tempat tinggalnya. Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila dia bertemu Toothless, seekor naga unik berwarna hitam yang juga merupakan spesies rare iaitu Night Fury

Selepas filem How To Train Your Dragon (2010) yang menerima sambutan menggalakkan, ianya terus diikuti oleh dua lagi filem sekuel, yang mana kedua-duanya juga turut menerima sambutan menggalakkan, termasuk tersenarai antara calon Anugerah Oscars untuk kategori Best Animated Feature. Secara keseluruhan, francais filem berkenaan merekodkan kutipan keseluruhan lebih USD1.6 bilion.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post