Sementara menantikan treler pertama filem The Flash yang akan diperlihatkan di acara Super Bowl pada esok, DC Studios dan Warner Bros. menyajikan terlebih dahulu poster pertama filem The Flash. Saksikan poster filem The Flash di bawah:

Membawakan tagline ¨Worlds Collide¨, filem The Flash berada di posisi yang agak unik. Selain telah tertangguh sekian lama, ditambah pula kontroversi dicetuskan bintang utamanya Ezra Miller, filem The Flash merupakan hard reset untuk transisi penuh DC Extended Universe (DCEU) ke DC Universe (DCU) susulan pengumuman DC Universe Chapter One: Gods and Monsters oleh James Gunn baru-baru ini.

BERKAITAN: Michael Keaton Kembali Menyarungkan Sut Batman Dalam Filem Baharu The Flash?

Selain dikhabarkan bakal membawakan konsep time travel, Michael Keaton turut akan tampil semula sebagai Batman. Malah, ura-ura turut mengatakan yang Ben Affleck juga bakal membuat kemunculan terakhirnya sebagai Batman dalam filem The Flash ini. 

Selain mereka berdua, pelakon lain yang disahkan akan tampil adalah seperti Sasha Calle (sebagai Supergirl), Kiersey Clemons (sebagai Iris West), Maribel VerdĂș (sebagai Nora Allen), Ron Livingston (sebagai Henry Allen), Michael Shannon (sebagai Jeneral Zod) dan Antje Traue (sebagai Faora-Ul).

Filem The Flash akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post