Rabu lalu, SPOTV telah mengumumkan saluran sukan itu akan menyiarkan All Elite Wrestling (AEW) Istimewa, Revolution secara langsung dan percuma bagi peminat di Malaysia melalui aplikasi mudah alih mereka, SPOTV NOW.

BERKAITAN: SPOTV Mulakan 2023 Dengan Percubaan Percuma SPOTV NOW Selama Dua Minggu

AEW Revolution adalah siri pertama dari empat siri istimewa AEW dan salah satu acara gusti yang dinantikan setiap tahun. Secara langsung dari Chase Center di San Francisco California, acara selama empat jam penuh aksi hebat ini akan menampilkan Juara Dunia AEW MJF menentang Bryan Danielson dalam Ironman Match selama 60 minit, begitu juga Jericho, Kenny Omega, The Young Bucks, Jon Moxley, Hangman Page, Dr. Britt Baker, Samoa Joe dan ramai lagi.

Para peminat boleh strim AEW Revolution secara live di SPOTV NOW pada 6 Mac 2023 (Isnin) bermula dengan pra-rancangan pada jam 8 pagi, diikuti dengan acara utama pada jam 9 pagi. App SPOTV NOW boleh didapati di Google Play Store dan Apple Store.

AEW Revolution juga akan disiarkan di saluran SPOTV secara tertunda pada 6 Mac 2023, jam 10 malam di Astro dan Unifi TV.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post