Netflix, penyedia perkhidmatan hiburan penstriman terkemuka dunia, pada semalam telah mengumumkan bahawa pelakon Malaysia, Iedil Dzuhrie Alaudin telah terpilih untuk berlakon dalam filem terbaharu Indonesia, bertajuk Borderless Fog (masih di peringkat working title).

Iedil Dzuhrie Alaudin merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik di rantau ini, yang telah memulakan kerjaya lakonannya pada usia 10 tahun dan telah terlibat dalam produksi tempatan mahupun antarabangsa sejak dua dekad lalu. Di layar perak, Iedil telah membintangi filem yang mendapat pujian seperti Interchange, Crossroads: One Two Jaga, dan terbaharu, filem hit box officeThe Assistant. Beliau juga akan muncul dalam produksi Singapura-Malaysia yang akan datang, iaitu La Luna dan juga  Malbatt: Misi Bakara, sebuah filem aksi ketenteraan berdasarkan kisah di sebalik misi Black Hawk Down pada 1993.

Diterbitkan oleh Palari Films, projek itu akan diterajui oleh pengarah terkenal, Edwin, dan turut dibintangi oleh pelakon terkenal Indonesia seperti Putri Marino (The Big 4), Yoga Pratama (Marlina The Murderer in Four Acts), Lukman Sardi (Photocopier27 Steps of May), Yudi Ahmad Tajudin (Vengeance is Mine, All Others Pay Cash), Yusuf Mahardika (Autobiography), Kiki Narendra (Impetigore), dan Siti Fauziah (Tilik). 

Borderless Fog (working title) kini sedang dalam proses produksi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post