Sehingga ke hari ini, terdapat pelbagai siri TV dan filem yang mengadaptasikan siri kisah detektif terkenal, Sherlock Holmes. Antara yang diingati sudah tentunya filem Sherlock Holmes (2009) dan Sherlock Holmes: A Game of Shadow (2011), kedua-duanya arahan Guy Ritchie. Kini, khabar angin menyatakan yang filem ketiga Sherlock Holmes dari pengarah terkenal tersebut akan dihasilkan!

Bercakap kepada portal Collider, Ritchie berkata perancangan untuk menghasilkan filem ketiga berkenaan kini terletak di tangan aktor Robert Downey Jr. (yang turut melakonkan watak Sherlock Holmes dalam dua filem berkenaan). Ritchie mendedahkan;

Well, honestly, I left this up to Robert. So Robert wanted to be in charge of this. The ball’s in his court, so he’s in charge of the script, he’s in charge of the whole thing. I’ve moonwalked out of that until there’s a time for me to get involved.

Penghasilan sambungan filem Sherlock Holmes berkenaan kelihatan samar-samar untuk sekian lama. Pada April 2022, satu laporan dari portal Variety menyatakan yang HBO Max sedang membangunkan dua siri TV yang terkait dengan dua filem arahan Ritchie berkenaan, yang akan diterbitkan oleh Robert Downey Jr. sendiri bersama isterinya. Susan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkembangan terbaharu siri TV yang dinyatakan berkenaan.

Filem ketiga dari francais filem arahan Guy Ritchie telahpun dirancang sejak lebih 10 tahun lalu, yang pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2021. Filem ketiga berkenaan dilaporkan akan menampilkan kembali Robert Downey Jr. sebagai Sherlock Holmes, dan Jude Law sebagai Dr. John Watson, dan menyambung perjalanan kisah dari filem terdahulu.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post