Satu lagi nama sah akan tampil dalam siri Disney+ Daredevil: Born Again, dan beliau tak lain dan tak bukan adalah Jon Bernthal!

BERKAITAN: Jon Bernthal Bakal Kembali Sebagai The Punisher Dalam MCU?

Seperti dilaporkan portal The Hollywood Reporter, Jon Bernthal akan tampil semula melakonkan watak anti-hero terkenal Marvel, Punisher, dan akan tampil dalam siri Daredevil: Born Again bersama-sama Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio. 

Berthal sebelum ini tampil melakonkan watak Punisher dalam siri Netflix Daredevil Musim 2, sebelum tampil dalam siri stand-alone The Punisher juga di Netflix, yang hanya bertahan untuk dua musim sebelum hak tayangan watak berkenaan berpatah balik kepada Marvel Studios.

Berdasarkan watak rekaan Gerry Conway, John Romita Sr. dan Ross Andru, Siri Netflix The Punisher turut dibintangi oleh Ebon Moss-Bachrach, Ben Barnes, Amber Rose Revah, Daniel Webber, dan Deborah Ann Woll. Buat masa ini, hanya Bernthal yang disahkan akan kembali tampil untuk siri Disney+ berkenaan.

BERKAITAN: Netflix Akhirnya Menamatkan Tayangan Siri The Punisher Dan Jessica Jones

Terdahulu, dalam satu temuramah berasingan, Bernthal menyatakan yang beliau hanya akan kembali melakonkan watak Frank Castle/ Punisher dalam MCU sekiranya Marvel Studios mengekalkan tahap 'kegelapan' sama untuk watak berkenaan seperti mana dalam siri terdahulu.

Daredevil: Born Again terdiri dari 18 episod, dan menampilkan semula Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio menyambung watak mereka dari siri Netflix sebagai Matt Murdock/ Daredevil dan Wilson Fisk/ Kingpin.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post