Umum mengetahui yang Charlie Cox telahpun rasmi menyambung kembali wataknya sebagai Matt Murdock/ Daredevil dari siri TV Netflix ke MCU, selepas tampil dalam filem Spider-Man: No Way Home dan juga bakal tampil dalam siri Disney+ She-Hulk: Attorney at Law. Kini, kemungkinan ada khabar angin menyatakan yang Jon Bernthal juga akan kembali semula sebagai The Punisher dalam MCU, dan individu yang dilaporkan telah 'terlepas cakap' tentang informasi tersebut adalah tak dan tak bukan pelakon yang juga tampil dalam siri Netflix Daredevil sebelum ini, iaitu Rosario Dawson!

Dalam satu penampilan di acara Chicago Comic & Entertainment Expo baru-baru ini, ketika ditanyakan adalah watak lakonannya iaitu Claire Temple/ Night Nurse akan ditampilkan dalam MCU, Rosario Dawson seolah-olah mengesahkan yang Marvel Studios kini dalam perancangan untuk menghasilkan siri The Punisher pula. Menurutnya:

I found out yesterday that The Punisher was happening again. So, I feel like it’s my second chance because that’s the only one of the shows I wasn’t in and I love Jon Bernthal. So, let’s all make it happen collectively, guys.

Siri Netflix The Punisher sebelum ini ditayangkan hanya untuk dua musim, antara tahun 2017 hingga 2019. Sebelum The Punisher tampil dengan siri Netflix sendiri, Jon Bernthal terlebih dahulu membuat kemunculan awal dalam musim kedua siri Netflix Daredevil

BERKAITAN: Netflix Akhirnya Menamatkan Tayangan Siri The Punisher Dan Jessica Jones

Dalam satu temubual pada tahun lalu, Bernthal dilaporkan berkata dia hanya berminat untuk menyambung semula wataknya sebagai The Punisher dalam MCU sekiranya Marvel Studios mengekalkan elemen-elemen sisi gelap watak The Punisher sepertimana yang ditampilkan dari siri Netflix sebelum ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post