Disney telah memperlihatkan trailer dan poster terbaharu siri Disney+ mereka, iaitu She-Hulk. Siri tersebut secara rasminya diberi tajuk She-Hulk: Attorney at Law, dan dijadualkan untuk penstriman di saluran Disney+ bermula 17 Ogos 2022.

Saksikan trailer siri She-Hulk: Attorney at Law di bawah:

She-Hulk: Attorney at Law mempunyai 10 episod, dan ditunjangi pemenang Anugerah Emmy dan Golden Globe, iaitu Tatiana Maslany yang melakonkan watak peguam bernama Jennifer Walters. Ianya berdasarkan watak dari komik Marvel yang dicipta oleh Stan Lee dan John Buscema, dan watak tersebut merupakan sepupu kepada Bruce Banner/ Hulk, yang menjalani proses tranfusi darah daripada Bruce Banner selepas ditembak, yang menyebabkan mempunyai kekuatan seperti Hulk dan bergelar She-Hulk.

She-Hulk: Attorney at Law turut dibintangi pelakon seperti Mark Ruffalo, Benedict Wong, dan Tim Roth (menyambung wataknya sebagai Abomination, yang kali terakhir dilihat dalam filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings).

Siri She-Hulk: Attorney at Law merupakan salah satu daripada 3 projek yang diumumkan oleh Kevin Feige semasa acara D23 pada 2019, selain Ms. Marvel dan Moon Knight. Ini merupakan kali pertama watak superhero ini ditampilkan secara live-action dan dijangka akan turut tampil dalam filem-filem MCU yang akan datang.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post